TAK TIPU !! tambah income di rumah

Selasa, 4 Disember 2012

happy blog-ing fellas!

lama dah blog berhabuk. kalau blog ni rumah, kompom ada 'benda lain' take over. haha. tadi masa sign in, ingat-ingat lupa password. hee, aku tak pasti ada @ tidak hamba Allah yg baca post ni, if u seorang blogger, TOLONG JANGAN JADI MACAM SAYA. haha. saya bukan blogger sejati. btw, happy blogging to all my follower. see u in next post (insyaAllah) daaa.

much love ♥

Rabu, 30 Mei 2012

Happy Birthday GERRARD

Assalamualaikum !






Hari ni, 30.5.2011 merupakan tarikh lahir legenda bola sepak LIVERPOOL yg ke 32 (muda lagi ok !)
kalau korang tak kenal Gerrard, silalah berkenalan dengan beliau sebelum aku paksa korang pusing padang 50 ribu kali sambil nyanyi lagu Sedetik Lebih - Annuar Zain, HAHA *joke


Steve.G player TheReds yg paling aku minat.. sebab lain selain skill, aku suka tengok muka dia serius.. 




tapi, bila dh menjaringkan gol, muka dia berubah 90 darjah.. ahahaha






Biodata lagenda kami :

  1. Dilahirkan di Whiston, Merseyside
  2. Mula bermain bola sepak dengan mewakili Whiston Juniors
  3. Bermain di akademik Liverpool ketika berusia 9 tahun
  4. Menandatangi kontrak di karier senior Liverpool pada 5.11.1997
  5. Aksi pertama ketika menentang Blackburn pada tanggal 29.11.1998 (menggantikan Vegard Heggem)
  6. Membuat 13 penampilan pada musim pertama (1998/99) ketika Jamie Redknapp dilanda kecederaan dengan bermain diposisi sayap kanan.
  7. Menjadi kapten Liverpool pada November 2003 (menggantikan Sami Hyypia)
  8. Pernah mendapat tawaran harga £20juta dari Chelsea pada tamat 2003/04 tetapi menolak (dikatakan selepas beliau berlegar-legar di Stadium dan Muzium Liverpool sebelum membuat keputusan untuk kekal keesokkan harinya)
  9. Berkahwin dengan Alex Curran (seorang wartawan fesyen), dikurniakan 3 cahaya mata perempuan (Lilly-Ella 8, Lexie 6 & Lourdes 6 bulan)
  10. Dalam 14 musim bersama Liverpool, membuat 581 penampilan keseluran dengan 149 gol
  11. Mendapat penghargaan MBE (Member of the Most Excellent Order of the British Empire) daripada Queen Elizabeth II

Steven Gerrard & Family

BTW, Happy Birthday abang long ! :D



notakecik : lom dapat follow balik blog korang :'(




Sabtu, 12 Mei 2012

make over?!

Assalamualaikum :)


hai readers, as above subject referred (ceyyy) tetiba aku terfikir nak buat make over.. make over dari segi FASHION 
extreme makeover

nak cam ni kot -.-

aku merupakan gadis yang sangat noob subject fashion.. kau tanya saku pasal bola, game, rancangan tv kat aku, aku boleh jawab derr (bongkak !) hehee.. tak la dapat fullmark, tapi bolehlaaa.. tapi kalau korang tanya FASHION.. yang latest, yang uptodate.. aku undur patbelasribu tapak kebelakang.. aku tak tahu.. -.-


aku :D haha

sebelum ni, aku tak kisah kalau kawan, or orang lain kutuk fesyen aku.. sebab aku tahu, pakaian yang aku pakai, aku main belasah je.. janji muat & selesa.. haha.. tapi.. lately, aku boleh pulak rasa kecik hati bila someone komen fesyen aku.. 


woi.. kau pakai ape camni?!

watafak la kau pakai leeya !

amboiii.. korea la sangat *fliphair*


kau ingat, kau kiut ke pakai cenggini ?!

dah dah ! eeeeenufffffffffff ! *lari belakang pintu, pastu nangesssss*






please.. i need to make over myself.. p, camanaaa ? buang sneakers, jean, & tshirt besar dalam almari tu.. pastu beli heel, wdges, skirt & dress..? boleh tak.. aku mintak feedback ? :(


tak sanggup aku pakai suar camni ! HAHA

Jumaat, 3 Februari 2012

Sayang Sarawak

Assalamualaikum & selamat sejahtera sayang-sayang sekalian J


SARAWAK - Tanah tumpahnya darahku :)
Semalam masa online Twitter, kecoh si burung biru tu dengan kes budak KL hina sabah Sarawak.. ada lagi rupanya perkara macam ni berlaku.. aku teringat kat seorang lagi budak semenanjung yang hina Sarawak tahun lepas dalam blog dia.. ingatkan stop setakat tu je.. rupanya ada lagi.. haihaihaiiii *bunyi mengeluh


hottest girl :)

Entah apa masalah budak ni.. mungkin ada seorang dua member dia dari Sabah Sarawak yang buat hal kat dia kot.. so, dia hot & akhirnya satu Sabah Sarawak dia maki.. hahaa

Sebagai SARAWAKIAN, tipu la kalau aku tak sentap baca tweet dia.. kalau dia nak cakap orang Sabah Sarawak ugly, it’s okay.. aku mmg tak hot macam dia.. tp, tu dah terkategori dalam menghina ciptaan Allah.. kami diciptakan dari tanah, dia juga dari tanah.. tak ada beza wahai lisa.. beware with ur word..

Aku tengok kawan- kawan aku hot berapi - api.. sapa tak marah kalau dihina macam tu.. semangat nasionalisme sangat kuat dalam diri sabahan & sawakian.. tp, bagi aku la orang macam lisa ni, kita tak boleh hentam & kutuk-kutuk dia macam dia kutuk Sarawak & Sabah.. apa salah kita balas racun dengan madu ? kannn ?

nak jalan kat mana satu dulu ? pilih-pilih :)
Personally, aku nak jumpa dengan lisa.. aku nak bawa dia jalan-jalan pusing Sarawak & Sabah sampai kaki dia lebam.. satu hari kau pusing-pusing, baru ¼ kuching kau explore lisa.. itu baru 1 bahagian, belum lagi 10 bahagian dalam Sarawak yang lain.. kalau nak jumpa sangat monyet-monyet yang awak cakap tu, aku boleh bawak kau pergi zoo.. kami bukan monyet.. J

tok lah negeri kamek orang :)
Ohh ya.. kau cakap kami tinggal atas pokok ? ya.. pokok kami diperbuat daripada batu.. menggunakan escalator untuk naik.. kereta untuk bergerak dari pokok lain ke pokok yang lain.. kapal terbang untuk ke pokok yang lebih tinggi.. *okay, agak hiperbola J

kami tidak tinggal di atas pokok :)
Baru ½ hari acc twitter lisa ni dapat di detect, b’puluh-puluh followers baru dia.. hebat ! yelahhh.. orang hot kan ? haha.. kerr lisa ni saja-saja nak gain followers kot.. betol lah tu lisa, maki hina Sabah & Sarawak ni memang dapat gain follower.. hihi

Tapi sayang.. di saat namanya berada di puncak.. lisa quit from this game.. dia deactive acc twitter dia.. so sad kan
 

Lisa, aku tak marah kau nak hina Sarawak & Sabah.. tapi, apa kata kau datang sini dulu.. aku & seluruh warga Sabah Sarawak mengalu-alukan kedatangan kau.. bak kata orang lah kan.. tak kenal maka tak cinta <3
Miri, Sarawak  :)
pantai temasya, bintulu, Sarawak :)

rilex sitok mok ? bintulu waterfront promenade

sungai sarawak - kebanggaan kami :)
 Balingian is my hometown :)

welcome to Sarawak Lisa :)




Isnin, 16 Januari 2012

Cbox memulakan tugas menggantikan shoutmix secara rasminya hari ini !

Assalamualaikum J

Readers, sila tengok tepi korang.. da nampak tak family baru belog ni ? meet my new widget.. cik Cbox yang memulakan tugasnya sebagai tempat kritikan, komen & sebagainya bagi menggantikan cik shoutmix yg dlucutkan jawatan oleh aku sebab tiba – tiba demand mintak bayar.. haha


Benda tu memang aku buat ‘naked’ #oppss ! just testing-testing.. feel free tukar lagi.. hehe.. oke la.. sila-sila merajinkan diri mengomen & merapu kat situ.. adios ! J

Ahad, 8 Januari 2012

- awak awak awak awak -

Assalamualaikum..

Tadaa.. entry terbaru tahun 2012.. takda pa sangat la nak d cerita.. kalau rajin, baca.. kalau malas.. baca je lahhh.. hahaa..

Tadi ada orang itu *tuuuuuu* ajak pegi dinner dengan kawan dia.. kalau dah last minit memang tak lah kan.. aku tak dapat bersiap dalam masa 5 minit.. it take several time, maybe 20 – 30 minit.. kalu nak tunggu, datang-datang je kat majlis tu, orang dah balik.. apa cerr ? kalau lepak dengan awak sorang je EN.COMEL, selekeh2 pun tak pe.. awak tak kisah pun mcm mana pakaian aku, make up *tak penah make up pun !* blablabla.. bak kata awak ‘bakal bini’.. takyah berlakon sangat.. nanti-nanti dah kawen tak lah heart attack bila tau perangai sebenar.. *twewwww* :D
mungkin ceni rupa aku kalau rushing bersiap.. nak ke AWAK? =.=


kalau 'begaut' aku amik baju sebarang je.. ti nak g dinner aku terpakai baju ceni.. nak ke AWAK? =.=

nak ke AWAK da awek ceni? booty dia lawoo =.= kikiki

Balik dengan invitation dr orang itu, bukan aku tanak.. NAKKKK sangat.. especially dengan awak.. tapi awak kan tahu, aku tak penah kluar sorang2 je dengan awak.. tuptup kluar dengann kwn2  pulak.. imma sorry la bro #eh..
ehh awak ! *mimpi la aku dapat keluar dengan ZYN MALIK nih ! ;)
dan… awak sendiri tau yang aku tak penah pun keluar dengan mana-mana lelaki pun sebelum ni.. so, bila awak ajak keluar, ada sedikit NEBES di situ.. hihi, sorry k ?

Dan … ini 1st time aku serius dengan someone.. dan *lagi* someone itu adalah awak EN.COMEL.. banyak perkara baru aku belajar dengan awak.. banyak juga yang aku tak boleh nak ikut.. plus, KERAS KEPALA.. tapi, awak selalu cakap nevermind, just take your time.. jangan cakap tak boleh’ bila aku rasa nak give up.. aku rasa,itu reason aku kenapa aku boleh STICK dengan awak pakcik ! haha

Ohh ya.. da nampak benda ni tak ?


Dia tak bagi free lagi la.. tak bestnyerr.. hmm.. tak boleh dah orang nak kutuk-kutuk aku lagi #sosaddd Y.Y

Nanti-nanti kalu rajin, aku tempek widget baru kat situ.. korang boleh lah teruskan komen yahh.. much love ! <3 J