TAK TIPU !! tambah income di rumah

Jumaat, 3 Februari 2012

Sayang Sarawak

Assalamualaikum & selamat sejahtera sayang-sayang sekalian J


SARAWAK - Tanah tumpahnya darahku :)
Semalam masa online Twitter, kecoh si burung biru tu dengan kes budak KL hina sabah Sarawak.. ada lagi rupanya perkara macam ni berlaku.. aku teringat kat seorang lagi budak semenanjung yang hina Sarawak tahun lepas dalam blog dia.. ingatkan stop setakat tu je.. rupanya ada lagi.. haihaihaiiii *bunyi mengeluh


hottest girl :)

Entah apa masalah budak ni.. mungkin ada seorang dua member dia dari Sabah Sarawak yang buat hal kat dia kot.. so, dia hot & akhirnya satu Sabah Sarawak dia maki.. hahaa

Sebagai SARAWAKIAN, tipu la kalau aku tak sentap baca tweet dia.. kalau dia nak cakap orang Sabah Sarawak ugly, it’s okay.. aku mmg tak hot macam dia.. tp, tu dah terkategori dalam menghina ciptaan Allah.. kami diciptakan dari tanah, dia juga dari tanah.. tak ada beza wahai lisa.. beware with ur word..

Aku tengok kawan- kawan aku hot berapi - api.. sapa tak marah kalau dihina macam tu.. semangat nasionalisme sangat kuat dalam diri sabahan & sawakian.. tp, bagi aku la orang macam lisa ni, kita tak boleh hentam & kutuk-kutuk dia macam dia kutuk Sarawak & Sabah.. apa salah kita balas racun dengan madu ? kannn ?

nak jalan kat mana satu dulu ? pilih-pilih :)
Personally, aku nak jumpa dengan lisa.. aku nak bawa dia jalan-jalan pusing Sarawak & Sabah sampai kaki dia lebam.. satu hari kau pusing-pusing, baru ¼ kuching kau explore lisa.. itu baru 1 bahagian, belum lagi 10 bahagian dalam Sarawak yang lain.. kalau nak jumpa sangat monyet-monyet yang awak cakap tu, aku boleh bawak kau pergi zoo.. kami bukan monyet.. J

tok lah negeri kamek orang :)
Ohh ya.. kau cakap kami tinggal atas pokok ? ya.. pokok kami diperbuat daripada batu.. menggunakan escalator untuk naik.. kereta untuk bergerak dari pokok lain ke pokok yang lain.. kapal terbang untuk ke pokok yang lebih tinggi.. *okay, agak hiperbola J

kami tidak tinggal di atas pokok :)
Baru ½ hari acc twitter lisa ni dapat di detect, b’puluh-puluh followers baru dia.. hebat ! yelahhh.. orang hot kan ? haha.. kerr lisa ni saja-saja nak gain followers kot.. betol lah tu lisa, maki hina Sabah & Sarawak ni memang dapat gain follower.. hihi

Tapi sayang.. di saat namanya berada di puncak.. lisa quit from this game.. dia deactive acc twitter dia.. so sad kan
 

Lisa, aku tak marah kau nak hina Sarawak & Sabah.. tapi, apa kata kau datang sini dulu.. aku & seluruh warga Sabah Sarawak mengalu-alukan kedatangan kau.. bak kata orang lah kan.. tak kenal maka tak cinta <3
Miri, Sarawak  :)
pantai temasya, bintulu, Sarawak :)

rilex sitok mok ? bintulu waterfront promenade

sungai sarawak - kebanggaan kami :)
 Balingian is my hometown :)

welcome to Sarawak Lisa :)




3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam .. :D
    tell the girl , that contempt is not good . later , kna drang balik .. HEHE . ( terasa aq fwen , org sabah bha )
    hahaha . anyway , thanks a lot . I support u , leeya :D

    BalasPadam
  3. yeehaaaannn......i love to be Sarawakian...
    heheheeheeheee....

    BalasPadam