TAK TIPU !! tambah income di rumah

Jumaat, 30 September 2011

kisah Pak Oda & Isteri tercinta

Ini sebuah kisah yang berlaku di Jepun…

Pada zaman dahulu, di sebuah kampung yang aman damai, tinggal seorang tukang kayu yang bernama Pak Oda.. Pak Oda mempunyai seorang isteri yang sangat cantik.. semua orang memuji – muji Pak Oda kerana berjaya menawan hati wanita yang paling cantik di dalam kampung itu..

Pak Oda sangat menyayangi isterinya.. segala permintaan isterinya itu akan ditunaikan dengan segera.. tidak pernah sedikit pun kasih sayangnya pudar malah makin bertambah – tambah.. bak kata lirik lagu.. “tiap hari sayangggg~’’


loving coulple - gambar hiasan

Namun, isteri Pak Oda mempunyai tabiat yang tidak disenangi jiran – jiran mereka.. isteri Pak Oda sangat suka berleter.. kalau berleter senyap – senyap takpe lah jugak.. ni tak, dia punya sound.. mak aiiii… serupa woofer koyak..

Tiap – tiap hari, 7 kali seminggu, 24 jam, NONSTOP! Isteri Pak Oda berleter.. potpetpotpetpotpet.. tapi, Pak Oda masih mampu bersabar kerana dia sangat menyayangi isterinya..

Jiran – jiran Pak Oda meminta Pak Oda menasihati isterinya, namun usaha tersebut gagal.. malah makin teruk.. Jiran – jiran Pak Oda pun bersepakat untuk menghasut Pak Oda.. Pak Oda tetap bersabar dengan tabiat buruk isterinya.. bermacam - macam cara digunakan oleh  jiran Pak Oda termasuklah menawarkan perempuan yang cantik untuk dijadikan sebagai isteri baru..akhirnya, lama kelamaan, Pak Oda termakan hasutan jiran – jirannya..

Pada suatu hari, Pak Oda membawa isterinya bersiar – siar di kawasan hutan.. Pak Oda sengaja membawa isterinya ke kawasan tersebut kerana dia ada rancangan yang super dasyat.. HAHAHA ß gelak jahat !

Di kawasan tersebut terdapat sebuah perigi yang sudah lama tidak digunakan oleh penduduk kampung.. semasa lalu perigi itu, dengan kejamnya Pak Oda menolak isterinya yang ketika itu sedang asyik berleter..

Pak Oda sangat HAPPY kerana rancangannya telah berjaya.. dia berasa sangat bebas seperti burung,, tak ada lagi sound2 menyakitkan telinganya..

10 minit pertama, Pak Oda dapat melupakan isterinya.. dia sudah berkira – kira untuk berkahwin baru.. 10 minit seterusnya, Pak Oda mula rasa sunyi.. dia teringat saat – saat manis mereka bersama.. walaupun kuat berleter, isterinya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.. makan, minumnya complete.. dijaga dengan rapi.. Pak Oda menangis teresak – esak.. dia berasa sangat bersalah..

Pak Oda berlari dengan lajunya (sepantas BOLT) ke perigi tersebut.. dia menjerit – jerit memanggil isterinya.. namun tidak ada respon.. tangisan Pak Oda semakin hiba.. dia sedar, dia sangat menyayangi isterinya itu.. Pak Oda menurunkan timba dengan harapan, isterinya akan naik.. walaupun menunggu selama berjam – jam, Pak Oda tetap berharap isterinya akan naik timba itu..

Setelah menunggu hampir 24 jam.. akhirnya timba tersebut bergerak menandakan ada ‘something’ masuk ke dalam timba tersebut.. Pak Oda tidak sabar menunggu.. dia yakin, ‘something’ itu  ialah isterinya.. dia pun menarik ke atas timba itu.. alangkah terkejutnya dia apabila mendapati seekor lembaga yang sangat hodoh.. matanya merah, tubuhnya berbulu, badannya busuk, hitam legam…

Pak Oda tidak takut & bertanya.. ‘kenapa kau yang naik ?????’ lembaga itu menjawab dengan suara yang menakutkan……………………….



‘di bawah ada seorang manusia yang tak berhenti – henti bercakap.. sakit telinga aku dibuatnya.. tolonglah bangggg.. bawa aku jauh dari sini.. aku tak tahan lagi hidup dalam perigi ni bersama manusia itu’ sambil merayu-rayu…





Pengajaran cerita : jangan kuat berleter tanpa sebab.. bukan manusia je xsuka.. hantu pun xsuka.. ekekekeke :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan